KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU BAGI PEREMPUAN
Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir): "Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu akan tetapi kamu selalu tidak meyakini(nya)". Menuntut ilmu bukan hanya kewajipan kaum lelaki. Perempuan juga diperintahkan untuk menuntut ilmu. Ada banyak kisah dalam sejarah Islam berkenaan dengan perempuan-perempuan solehah yang pandai sehingga menjadi rujukan umat, baik bagi lelaki mahupun sesama perempuan. Di antara tokoh perempuan yang menguasai banyak ilmu iaitu anak perempuan Sa'id bin Al-Musayyab. Sa'id bin Al-Musayyab iaitu seorang ulama ynag terkemuka pada zamannya. Dia berani menolak untuk mengahwinkan anak perempuannya dengan salah seorang anak Amirul Mukminin, Abdul Malik bin Marwan, yang berkuasa pada ketika itu. Bahkan, Sa'id bin Al-Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan salah seorang anak muridnya ...