KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU BAGI PEREMPUAN

Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir): "Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu akan tetapi kamu selalu tidak meyakini(nya)".


Menuntut ilmu bukan hanya kewajipan kaum lelaki. Perempuan juga diperintahkan untuk menuntut ilmu. Ada banyak kisah dalam sejarah Islam berkenaan dengan perempuan-perempuan solehah yang pandai sehingga menjadi rujukan umat, baik bagi lelaki mahupun sesama perempuan.

Di antara tokoh perempuan yang menguasai banyak ilmu iaitu anak perempuan Sa'id bin Al-Musayyab.  Sa'id bin Al-Musayyab iaitu seorang ulama ynag terkemuka pada zamannya. Dia berani menolak untuk mengahwinkan anak perempuannya dengan salah seorang anak Amirul Mukminin, Abdul Malik bin Marwan, yang berkuasa pada ketika itu. 

Bahkan, Sa'id bin Al-Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan salah seorang anak muridnya yang bernama Abdullah bin Wada'ah. Lelaki itu dipilihnya bukan kerana keturunan, jawatan atau kekayaannya, melainkan kerana kesolehannya. Selepas berkahwin dengan anak perempuan Sa'id bin Al-Musayyab, Abdullah bin Wada'ah menemui isterinya yang ternyata mempunyai rupa paras yang sangat cantik, menghafal dan memahami Al-Quran dan sunnah Rasullah SAW dan mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Ketika pagi telah tiba, Abdullah bin Wada'ah hendak keluar daripada biliknya. Lalu isterinya bertanya, "Mahu ke mana, wahai suamiku? Lalu Abdullah bin Wada'ah menjawab, "Aku mahu mengikuti majlis ilmu yang diajar oleh ayahmu, Sa'id bin Al-Musayyab. Aku berhasrat belajar dan menyerap ilmu daripada beliau," Lantas isterinya berkata, "Duduklah, aku akan mengajarkan ilmu ayahku kepadamu." Abdullah bin Wada'ah pun belajar selama sebulan kepada isterinya, tidak kepada Sa'id bin Al-Musayyab. Seperti itulah seharusnya para perempuan. Gemar menuntut ilmu sebagai bekalan hidupnya agar bahagia di dunia dan akhirat.

Banyak nas, baik Al-Quran mahupun hadis yang menerangkan kewajipan menuntut ilmu. Bahkan dalam sebuah riwayat dikatakan bahawa perempuan - perempuan meminta waktu khas kepada Nabi Muhammad SAW supaya mereka boleh belajar kepada Nabi SAW pada waktu tersebut.
(Dr. Muhammad Ali Al Hasyimi, Syakhsiyah Al-Mar'ah Al Muslimah, 1996: 120)


Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: AKU NAK DOKTOR BUKANNYA PILOT

CERPEN:MENGURAT SI ARROGANT!

BIOGRAFI NABI MUHAMMAD SAW - BAHAGIAN PERTAMA