ZIKIR - KHASIAT NAMA ALLAH



Selepas Fardhu Zohor
Ya-Samii’
ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ
(Membaca 100X)
Barang siapa yang membaca “Ya-Samii” 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan solat zuhur, Allah akan makbulkan segala hajatnya.
Selepas Fardhu Maghrib
AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
(Berzikir 100X atau 40X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.
Ya-Mu’izz
ﺍﻟﻤﻌﺯ
(Menyebut 140X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat maghrib tiap-tiap malam Jumaat atau Isnin, insyallah dirinya kelihatan hebat pada pandangan makhluk lain, seumpama hebatnya harimau di hati haiwan yang lain di hutan, dan tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah Taala.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(Berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataanya.
Selepas Fardhu Isyak
AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
(Berzikir 100X atau 40X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.
Ya-Mu’izz
ﺍﻟﻤﻌﺯ
(Menyebut 140X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa yang menyebut “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat isyak pada malam Isnin dan Jumaat, Allah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapa juga melainkan Allah.
Ya-Aakhir
ﺍﻻﺨﺮ
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Aakhir” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah hatinya bersih dan bertambah-tambah kebaikan pada akhir hayatnya.
Ya-Rasyiid
ﺍﻟﺮﺸﻴﺩ
(Berzikir 100X)
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Rasyiid” 100 kali tiap-tiap lepas solat  isyak, insyallah segala amalannya di terima.

Selepas Fardhu Subuh
Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X)
Barang siapa yang  mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.
Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
(Berzikir 40X Setiap hari
selama 40 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya.  Sebaik-baiknya selepas solat subuh.
Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ
(Berzikir 71X)
Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.
Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
(Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan  di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.
Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: AKU NAK DOKTOR BUKANNYA PILOT

CERPEN:MENGURAT SI ARROGANT!

BIOGRAFI NABI MUHAMMAD SAW - BAHAGIAN PERTAMA