TEORI ETIKA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Teori Teleologi juga dikenali sebagai Consequentalism yang merupakan teori yang melibatkan kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Sesuatu perbuatan itu diketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya. Sesuatu tindakan dianggap bermoral jika hasil dan faedah perbuatan tersebut membawa kepada kebaikan. Namun begitu, kehadiran beberapa pandangan ahli teologi menyebabkan wujudnya perbezaan dalam aspek baik dan buruk sehingga muncul dua teori yang berbeza iaitu Teori Utilitarianisme dan Teori Egoisme . Teori Utilitarianisme bukanlah sekadar falsafah tetapi adalah instrumen yang berkesan untuk sosial, politik, ekonomi dan perubahan perundangan. Perlakuan yang menghasilkan lebih banyak kebaikan mengikut majoriti merupakan perlakuan yang bermoral. Manakala Teori Altruism merupakan teori yang menggariskan pengorbanan seseorang individu bagi kepentingan orang lain tanpa menharapkan ganjaran. Teori Egoisme merupakan teori yang menganggap nilai itu ...