TEORI ETIKA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Teori Teleologi juga dikenali sebagai Consequentalism yang merupakan teori yang melibatkan
kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Sesuatu perbuatan itu diketahui sama
ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya. Sesuatu tindakan
dianggap bermoral jika hasil dan faedah perbuatan tersebut membawa kepada
kebaikan. Namun begitu, kehadiran beberapa pandangan ahli teologi menyebabkan
wujudnya perbezaan dalam aspek baik dan buruk sehingga muncul dua teori yang
berbeza iaitu Teori Utilitarianisme
dan Teori Egoisme.
Teori
Utilitarianisme bukanlah sekadar falsafah
tetapi adalah instrumen yang berkesan untuk sosial, politik, ekonomi dan
perubahan perundangan. Perlakuan yang menghasilkan lebih banyak kebaikan
mengikut majoriti merupakan perlakuan yang bermoral. Manakala Teori Altruism merupakan teori yang menggariskan pengorbanan
seseorang individu bagi kepentingan orang lain tanpa menharapkan ganjaran.Teori Egoisme merupakan teori yang menganggap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. Teori ini tidak mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasikan orang lain.
Bagi Teori Kant’ Categorical
Imperative menggunakan sepenuhnya pendekatan berorientasikan tindakan yang
dianjurkan dalam Teori Deontologi. Teori Kant’s Categorical Imperative merupakan
perintah mutlak dimana peraturan atau undang – undang moral yang telah dibentuk
harus dipatuhi oleh semua orang tanpa pengecualian.
Faedah Categorical
imperative menerangkan perintah yang wujud tanpa
sebarang pengecualian atau syarat-syarat. Terdapat tiga prinsip utama dalam
perintah mutlak ini iaitu prinsip tersebut mestilah diterima secara umum, dapat
menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan
sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya. Lantaran itu, setiap
tindakan individu hendaklah memberikan faedah kepada diri sendiri, organisasi
dan masyarakat dengan mengaplikasi kebaikan melebihi keburukan berdasarkan
tindakan yang telah dilakukan.
Apabila berhadapan dengan dilema etika yang sukar, kita
memerlukan keupayaan membuat keputusan etika untuk menyelesaikannya. Dalam
konteks pengambilan keputusan, etika anda adalah piawaian peribadi anda dalam
menentukan sesuatu perlakuan itu betul dan salah. Pengambilan keputusan etika merupakan
proses kognitif yang dijadikan sebagai kayu pengukur, oleh itu bagi
menyelesaikan permasalahan etika bagi kes ini, proses membuat keputusan etika
menggunakan pendekatan prinsip dan teori berikut:
1. Perspektif
Utilitarian
Teori
ini membawa kepada dua pendekatan iaitu pendekatan Utilitarian yang mengfokus
kepada kesan kebaikan dalam masyarakat dan kedua pendekatan individualisme yang
membawa kebaikan terhadap individu dalam jangka masa panjang.
2. Perspektif
hak dan tanggungjawab
Prinsip
hak dan tanggungjawab lebih mengfokus kepada peraturan hak moral yang perlu
dipertimbangkan semasa membuat keputusan bagi melindungi hak asas dan
keistimewaan individu serta masyarakat yang terlibat.
3. Perspektif
keadilan
Prinsip keadilan memberi
tumpuan kepada manafaat dan kos yang terhasil daripada individu dan masyarakat.
Keputusan etika hendaklah membahagikan manafaat dan kemudaratan kepada semua individu dan masyarakat secara adil, saksama dan tidak cenderung kepada sebelah
pihak sahaja.
Comments