CERPEN:TERIMA KASIH CINTA
“ Macam mana kita nak buat ni cik? Semua orang rasanya dah balik.” Mila memicit perlahan dahinya sambil berfikir. Dia pening. Bagaimana dia harus lakukan? “ Macam ni lah. Kamu pergi buat laporan tu semula. Lepas dah siap kamu letak atas meja saya. Saya nak pergi cari stok barang tu. Nak tengok kalau masih ada. Harap-harap adalah. Kalau barang tu ada, senanglah kerja kita. Kita terus je hantar dekat syarikat tu.” Mila memberikan arahan. Hanya itu saja jalan penyelesaian yang dia dapat cari. “ Baik cik.” Mila mencapai telefon bimbit yang berada dalam begnya. Lantas dia mendail nombor rumah. “ Helo. Assalamualaikum. “ “ Waalaikumussalam. Nek. Mila ni.” Mila melangkah ke arah lif untuk menuju ke stor. Dia perlu cepat. Kalau tidak syarikat tu akan tarik balik pelaburan dia. “ Kamu ada dekat mana Mila? Dah pukul 8 ni. Banyak lagi ke kerja kamu tu?” “ Nenek. Mila lambat sikitlah. Nenek makan dulu. Nenek jangan tunggu Mila balik tau. Sebab ada masalah s...