PENGAJIAN MALAYSIA (BAB 1, PART 1)
Malaysia terdiri daripada pelbagai komposisi kaum, agama, kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Kaum utama ialah Melayu, Cina, India, masyarakat Sabah dan Sarawak. Masyarakat di Malaysia mempunyai perbezaan dari segi lokasi, geografi, ekonomi dan kebudayaan. Penduduk di Malaysia semakin bertambah 10 kali ganda dalam tempoh lebih dari satu abad kerana beberapa faktor iaitu Kadar pertumbuhan semulajadi dan Kemasukan pedatang asing (Cina dan India pada masa pemerintahan Inggeris).
Penjajahan dan perluasan kuasa British di Tanah Melayu telah meninggalkan kesan yang cukup besar, ketara dan berpanjangan, terutamanya dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Kedatangan masyarakat imigran di Tanah Melayu merupakan factor penting yang menampung keperluan penjajah dari segi tenaga buruh, sama ada di peringkat kurang mahir, separa mahir atau keperluan pentadbiran rendah. Menjelang abad ke-20, beberapa kawasan petempatan baru muncul di sepanjang pantai barat yang sebahagian besarnya didiami oleh kaum imigran. Kehadiran mereka telah membentuk satu kelompok baru dalam masyarakat di Tanah Melayu yang dikenali masyarakat majmuk. Kewujudan masyarakat majmuk dianggap penting kerana selepas merdeka, masyarakat majmuk sudah menjadi satu dari cirri utama dalam masyarakat di Malaysia.
Definisi masyarakat dari segi istilah menurut Drs.Sidi Gazalba mengutamakan dua perkara, pertama, interaksi manusia dengan manusia, hidup berkelompok dan dalam masyarakat yang teratur. Kedua, pemelihara interaksi yang teratur dalam kelompok. Masyarakat merupakan pergaulan hidup, pengaulan antara manusia dengan kelompok. Institut masyarakat bertanggungjawab mempertahankan hubungan yang teratur antara individu dengan individu.
APA ITU MASYARAKAT MAJMUK?
Satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan,khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.
Masyarakat majmuk adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah jajahansepertimana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia.
Tokoh antropologi, J.S Furnival mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai kumpulan etnik yang tinggal dibawah satu unit politik ( sebuah Negara) tetapi tidak bersatu padu. Setiap kumpulan mempunyai bahasa,budaya, agama, nilai, pemikiran dan cara hidup masing-masing.Walaupun hidup bersama, tetapi mereka adalah berasingan (live side by side but separately). Perhubungan masyarakt majmuk, menurut Furnival hanyalah didasari oleh hubungan ekonomi dan di antara mereka tidak ada azam soSial bersama (common will) serta tiadanya ikatan normatif.
Malahan wujudnya perpecahan sebagaimana yang digambarkan oleh Furnival:
“ Perdagangan dan perindustrian terletak ditangan orang asing sementara penduduk tempatan kebanyakannya terlibat dalam pertanian, pemodal-pemodal asing mengupah buruh tempatan atau kuli-kuli yang diimport dari luar”.
Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.
CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK
NOTA INI ADALAH HASIL TULISAN SAYA BAGI SUBJEK PENGAJIAN MALAYSIA SEMASA MENJADI TENAGA PENGAJAR SUATU MASA DAHULU.

- Pelbagai jenis manusia sama ada Eropah, Cina, India dan penduduk asal
- Bercampur dari segi istilah tetapi tidak bersatu dan bekerjasama.
- Hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama
- Berpegang kepada kebudayaan, agama, bangsa, idea dan kaedah sendiri.
*Ciri-ciri ini telah dikemukakan oleh Furnival (1956)
NOTA INI ADALAH HASIL TULISAN SAYA BAGI SUBJEK PENGAJIAN MALAYSIA SEMASA MENJADI TENAGA PENGAJAR SUATU MASA DAHULU.
Comments