AKHLAK RASULULLAH SAW

Berikut adalah beberapa akhlak Rasulullah SAW

  • Seorang yang paling dermawan khususnya pada bulan Ramadan
  • Orang yang paling tawaduk
  • Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya
  • Merendahkan diri bila berhadapan dengan orang - orang yang lemah
  • Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain
  • Orang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali, jika menyukai Baginda akan memakannya dan jika tidak disukai maka Baginda akan meninggalkannya
  • Tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan.
  • Baginda menyukai manisan, madu dan buah labu.
  • Tidak menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga.
  • Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma
  • Orang yang paling baik pergaulannya dan paling takut kepada Allah SWT
  • Tidak pernah marah atau berdendam kepada dirinya. 
  • Tidak pernah ketawa besar tetapi hanya tersenyum
  • Baginda orang yang paling banyak berzikir dan berfikir. Sebelum tidur Baginda sentiasa berwuduk dan berzikir hingga lena
  • Baginda tidak gemar bergurau tetapi tidak mengatakan kecuali yang benar dan tidak pernah ketawa berdekah - dekah
  • Sentiasa berlaku lemah lembut terhadap para sahabatnya dan tidak pernah melunjurkan kaki di hadapan sahabatnya
  • Memuliakan orang - orang yang dimuliakan kaumnya dan mengangkatnya menjadi pemimpin mereka.
  • Ringan tulang dan memberikan pertolongan kepada orang lain sekalipun diri sendiri berada di dalam kesusahan
  • Baginda tidak berasa hina membantu hamba, orang susah dan fakir miskin
  • Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
  • Suka memanggil isteri - isteri dan sahabat - sahabatnya dengan gelaran yang baik sebagai menghormati mereka
  • Suka memakai pakaian yang berwarna putih dan lengan bajunya sentiasa terkancing
  • Baginda merupakan seorang yang suka menziarahi orang sakit dan sentiasa menggembirakan hati orang yang sakit dengan doa agar segera sembuh
  • Baginda berjalan dengan cepat serta sentiasa tunduk ke bumi
  • Sangat mementingkan kebersihan dan meminta sahabat untuk menjaga kebersihan dengan membersihkan halaman rumah
  • Baginda tidak banyak memiliki kesenangan dunia walaupun Allah SWT memberikannya kunci - kunci kekayaan dunia, akan tetapi Baginda memilih akhirat.
  • Sering memberi salam kepada kanak - kanak dan suka berjenaka dengan mereka
Diceritakan juga dalam satu riwayat bahawa Rasulullah amat malu apabila wajahnya ditenung terlalu lama. Baginda akan menundukkan wajahnya apabila dipandang terlalu lama.

Sedikit ringkasan mengenai peringkat Dakwah Rasulullah SAW
  1. Dakwah secara rahsia
  2. Dakwah secara terbuka dengan menggunakan lisan tanpa peperangan yang berlangsung sehingga hijrah ke Madinah Al-Munawwarah
  3. Dakwah secara terbuka dengan memerangi orang kafir yang memulakan peperangan terhadap Rasulullah SAW dan umat islam. Ia berlangsung hingga Perjanjian Hudaibiah.
  4. Dakwah secara terang - terangan dan memerangi mereka - mereka yang menghalang jalan dakwah yang dibawa serta mereka yang menyembah berhala. Di peringkat inilah syariat Allah SWT dan jihad mencapai tahap kemapanan.

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: AKU NAK DOKTOR BUKANNYA PILOT

CERPEN:MENGURAT SI ARROGANT!

BIOGRAFI NABI MUHAMMAD SAW - BAHAGIAN PERTAMA