Sedikit Kajian Mengenai Ransomware
Ransomware sebenarnya merupakan kombinasi daripada “ ransom ” dan “ malware ”. Jadi ransomware merupakan sejenis malware yang menghalang akses mangsa daripada menggunakan komputer atau mengakses fail tertentu, dan satu –satunya cara untuk mendapatkan semula akses kepada fail adalah dengan membayar wang tebusan. Malware ( malicious software ) adalah sejenis program yang disebarkan dengan tujuan jahat seperti menggodam sistem, mencuri maklumat sulit, mengakibatkan kerosakan dan sebagainya. Pada dasarnya, fail atau sistem pengguna itu tidak dapat digunakan dan menjadi tebusan sehinggalah bayaran diterima. Kebiasaannya, ransomware jenis “ encryptor ” akan menyimpan sebarang fail pengguna seperti dokumen, gambar, video dan sebagainya dan dikunci menggunakan algoritma yang kompleks. Malware beroperasi secara senyap di belakang sehingga mekanisme sistem atau data-mengunci digunakan. Kemudian kotak mesej akan dipaparkan bagi memberitahu pengguna data telah dikunci dan menuntut w...