MEMAHAMI KESELAMATAN DAN ETIKA KOMPUTER
DEFINISI:
Keselamatan komputer
boleh ditakrifkan
sebagai menjaga
keamanan atau kesejahteraan
komputer sama ada dari segi sistem
dan perisian,
data mahupun perkakasan.
Keselamatan komputer
juga bermaksud
amalan melindungi
sistem komputer
dari kegagalan,
ancaman, risiko,
dan kelemahan
dari pelbagai
sudut seperti
kesalahan manusia
atau operasi,
serangan dan bencana
alam yang boleh
menyebabkan maklumat
menjadi terdedah
atau maklumat
dipinda secara
tidak sah, kemusnahan,
atau denial-of-service.
PRINSIP ASAS:
1. Kerahsiaan- mencegah maklumat rahsia dibaca atau diketahui oleh
orang yang tidak berdaftar. Jenis capaian- boleh baca, lihat, cetak atau dengan hanya mengetahui kewujudan sesuatu objek atau aset dalam sistem komputer.
2. Integriti- mencegah sebarang ubah suai oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis ubah suai: menulis, mengubah, menukar
(status), hapus atau cipta.
3. Kesediaan- Orang yang berdaftar tidak sepatutnya dihalang dari mencapai suatu aset/data
selagi beliau mempunyai capaian yang
dibenarkan.
10 RUKUN / ETIKA KOMPUTER
Jangan menggunakan komputer untuk merugikan dan membahayakan
orang lain.
Jangan melanggar atau mengganggu hak dan karya komputer orang lain.
Jangan menceroboh masuk fail komputer orang lain.
Jangan menggunakan komputer untuk mencuri.
Jangan menggunakan komputer untuk memberikan kesaksian palsu
Jangan melanggar atau mengganggu hak dan karya komputer orang lain.
Jangan menceroboh masuk fail komputer orang lain.
Jangan menggunakan komputer untuk mencuri.
Jangan menggunakan komputer untuk memberikan kesaksian palsu
Jangan menduplikasi atau menggunakan
software tanpa membayar dahulu copyright.
Jangan menggunakan sumber dari komputer
orang lain tanpa pengetahuannya.
Jangan mencuri atau mengambil hasil intelektual
orang lain.
Pertimbangkan kesan dari
program yang dibuat atau sistem komputer yang
dirancang.
Gunakan komputer dengan timbang rasa
dan hormat kepada manusia
lain.
Comments