Sedikit Kajian Mengenai Ransomware
Ransomware sebenarnya
merupakan kombinasi daripada “ransom”
dan “malware”. Jadi ransomware merupakan sejenis malware yang menghalang akses mangsa
daripada menggunakan komputer atau mengakses fail tertentu, dan satu –satunya
cara untuk mendapatkan semula akses kepada fail adalah dengan membayar wang
tebusan. Malware (malicious software)
adalah sejenis program yang disebarkan dengan tujuan jahat seperti menggodam
sistem, mencuri maklumat sulit, mengakibatkan kerosakan dan sebagainya.
Pada dasarnya, fail
atau sistem pengguna itu tidak dapat digunakan dan menjadi tebusan sehinggalah
bayaran diterima. Kebiasaannya, ransomware
jenis “encryptor” akan menyimpan
sebarang fail pengguna seperti dokumen, gambar, video dan sebagainya dan
dikunci menggunakan algoritma yang kompleks. Malware beroperasi secara senyap di belakang sehingga mekanisme
sistem atau data-mengunci digunakan. Kemudian kotak mesej akan dipaparkan bagi
memberitahu pengguna data telah dikunci dan menuntut wang tebusan untuk membuka
semula. Pada masa itu sudah terlambat untuk menyelamatkan data melalui apa-apa
langkah-langkah keselamatan. Penggunaan matawang Bitcoin juga menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan penggodam
kerana sifatnya yang tidak bernama dan di luar batasan geografi dan bidang
kuasa kerajaan setempat.
Bagaimana ransomware dapat menceroboh masuk dan
menyerang mangsa, biasanya beberapa teknik penembusan dilaksanakan iaitu:
1.Melalui spam dan kejuruteraan sosial (facebook, emel dan seumpamanya)
2.Muat turun dokumen atau iklan yang telah
dipasang malware
3.Pemasangan perisian malware dan botnet
Serangan ransomware
biasanya dihantar melalui lampiran emel yang terdiri daripada dokumen dan imej.
Apabila pengguna membuka lampiran tersebut,
malware akan tersebar ke dalam sistem
pengguna dan menjangkiti peranti yang sedang digunakan oleh pengguna.
Secara umumnya ransomware
terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu Locker
Ransomware dan Crypto Ransomware. Locker Ransomware direka untuk menolak
akses ke sumber-sumber pengkomputeran, biasanya dengan mengunci skrin komputer
dan kemudian meminta pengguna untuk membayar kos untuk dapat mengakses kembali,
Manakala Crypto Ransomware bertujuan
dalam mencari data-data penting kita yang tersimpan di dalam komputer, kemudian
menyulitkan data-data tersebut sehingga kita tidak boleh membuka kecuali sudah
mendapatkan kunci penyahsulitan. Ransomware
jenis ini paling sering digunakan oleh penjenayah siber.
Kesimpullannya, perlindungan daripada ancaman ransomware ini boleh
diringkas kepada beberapa perkara utama yang hendaklah dilaksanakan bagi
memastikan keselamatan peranti / komputer kekal terjamin.
Backup
Fail
Perlindungan
terbaik terhadap ransomware adalah dengan membuat sandaran bagi semua maklumat
dan fail pada peranti anda. Dengan cara ini, walaupun anda dijangkiti
ransomware, anda mempunyai cara untuk memulihkan fail anda kembali selepas
komputer anda di format. Backup hendaklah dilaksanakan secara berjadual seperti
secara mingguan, bulanan atau tahunan dan melabel nama fail atau data untuk
memudahkan carian semula. Lokasi penyimpanan data backup yang terbaik ialah
dalam peranti yang tidak disambungkan dengan Internet, jadi sekiranya komputer
anda dijangkiti ransomware, anda masih mempunyai data backup tersebut.
Menggunakan
Perisian Anti-Virus
Perisian anti-virus juga boleh melindungi
komputer anda daripada dijangkiti ransomware. Kebanyakan program antivirus
boleh mengimbas fail untuk melihat jika mereka mungkin mengandungi ransomware
sebelum ia dimuat turun. Mereka boleh menyekat pemasangan rahsia dari iklan
yang berniat jahat apabila anda menyemak imbas web dan mencari malware yang
mungkin sudah pada komputer atau peranti.
Putuskan
sambungan daripada WiFi atau mencabut dari rangkaian sementara waktu
Jika anda sedang membuka dokumen dan
berasa curiga walaupun belum menemui ciri-ciri ransomware, anda hendaklah bertindak
pantas dengan memutuskan sambungan peranti anda segera dari internet atau
sambungan rangkaian yang lain (seperti rumah Wi-Fi) sebagai langkah mencegah
jangkitan daripada merebak. Atau anda boleh menghentikan komunikasi dengan
Comand&Control server, ini memerlukan tindakan yang cepat sebelum ia
selesai melakukan kerja-kerja penyulitan terhadap dokumen-dokumen anda. Dengan
cara ini, risiko untuk dijangkiti ransomware dapat dikurangkan kerana ia
mengambil sedikit masa sebelum dokumen anda dapat disulitkan sepenuhnya.
Patch
atau kemas kini perisian anda
Syarikat perisian sistem pengoperasian
biasanya sentiasa memberi kemas kini perisian untuk memperbaiki kelemahan yang
boleh dieksploitasi oleh ransomware. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk
sentiasa turun versi terbaru perisian, ini kerana serangan ransomware
seringkali mensasarkan pengguna yang menggunakan perisian lama yang mana ianya
mempunyai banyak kelemahan dan mereka akan menggunakan kelemahan tersebut untuk
memasukkan malware ke dalam sistem. Tetapi dengan kaedah mengemaskini perisian
anda, ia dapat mengurangkan risiko untuk sistem anda daripada dijangkiti
malware.
Jangan
buka email dan link yang mencurigakan
Cara yang paling biasa untuk perisian
untuk dipasang pada peranti mangsa adalah melalui e-mel phishing. Sekiranya
anda menerima spam e-mel dengan kandungan e-mel yang mencurigakan, anda dinasihatkan
tidak membuka apa-apa dokumen atau klik pada mana-mana pautan yang diberikan.
Sumber rujukan:
https://heimdalsecurity.com/blog/what-is-ransomware-protection/#ransomwaredefinition
https://hotforsecurity.bitdefender.com/blog/how-does-ransomware-work-the-ultimate-guide-to-understanding-ransomware-part-ii-11856.html
https://www.nomoreransom.org/prevention-advice.html
Comments