CARA MENGENALI JANGKITAN MALWARE

PC PERLAHAN 
PC yang telah dijangkiti malware, kebiasaanya menjadi lebih perlahan dari operasi biasa. Kesan nya malware boleh melambatkan operasi komputer dan akhirnya merosakkan PC.

TERDAPAT AKTIVITI HARD DISK YANG MENCURIGAKAN
Bagaimana hendak mengetahuinya, apabila hard disk menunjukkan ada aktiviti berlebihan sedangkan anda tidak menggunakannya. Atau tiba-tiba anda melihat kehabisan ruang dalam hard disk.

CRASH
Sekiranya sistem / program anda crash secara berterusan atau "Blue Screen" muncul secara tiba - tiba, maka besar kemungkinan anda telah dijangkiti malware.

KELAKUAN PELIK PC (UNEXPLAINED PC BEHAVIOUR)
Kebiasaanya dapat diketahui apabila terdapat perubahan seperti tetapan halaman atau hasil carian yang mencurigakan. Sekiranya berlaku mungkin PC anda berada dalam situasi Browser Hijacker.

PERISIAN ANTIVIRUS DISABLED
Anda mempunyai antivirus pada PC anda, namun secara tiba- tiba anda sedar bahawa antivirus anda tidak berfungsi. Kejadian ini terjadi kerana antivirus tersebut tidak berjaya menghalang malware.

GANGGUAN DARI POP-UP DAN SPAM
Gangguan ini terjadi kerana PC anda telah dijangkiti spyware atau adware. Pop-up yang tidak dijangka akan muncul pada sistem / operasi komputer anda.

KEBANYAKKAN PENGGUNA BIASA PC YANG KURANG CELIK MENGENAI ANCAMAN MALWARE TIDAK MENYEDARI BETAPA BAHAYANYA JANGKITAN MALWARE SEHINGGA BOLEH MELUMPUHKAN SISTEM KOMPUTER DAN YANG PALING BAHAYA KEROSAKAN MALWARE BOLEH MENYEBABKAN KEHILANGAN DATA (Malware memusnahkan data fail dalam hard disk), MALWARE JUGA BOLEH MENYEBABKAN KEHILANGAN DATA KEWANGAN (Sekiranya pengodam dapat mengakses data pengguna seperti kad kredit atau akaun bank melalui aktiviti keylogger, maka pengodam dapat meneruskan aktivitinya).

BERHATI - HATI SEMUA, JANGAN FIKIR PC ANDA SENTIASA SELAMAT.

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: AKU NAK DOKTOR BUKANNYA PILOT

CERPEN:MENGURAT SI ARROGANT!

BIOGRAFI NABI MUHAMMAD SAW - BAHAGIAN PERTAMA