MALWARE


MALWARE adalah ‘malicious software’ iaitu program atau fail yang boleh memusnahkan komputer pengguna / sistem komputer. Malware juga merupakan perisian yang digunakan atau dicipta untuk mengganggu operasi komputer, mendapatkan maklumat sensitif atau mendapatkan akses kepada maklumat sulit dalam sistem komputer.
Malware boleh menyebabkan kerosakan atau gangguan termasuk kehilangan data (data loss), kecurian / kehilangan wang (financial loss), Botnet, kecurian akaun (account theft), gangguan operas (operation distruption).

Malware terbahagi kepada beberapa jenis, namun yang paling terkenal adalah Worm, Virus, Trojan dan Ransomware. Antara jenis – jenis malware lain adalah Rootkit, Keylogger, Spyware, Adware, Rogue Security Software, Browser Hijacker dan Backdoors.

Mari kita lihat apa itu Worm, Virus dan Trojan.
WORM
Merupakan satu program yang berkeupayaan untuk mereplikasi dirinya sendiri dan memusnahkan data dan fail pada komputer tanpa bergantung pada manusia untuk menyebarkannya. Ia merebak melalui rangkaian komputer dengan mengeksploitasi kelemahan system operasi. Biasanya menyebabkan kemudaratan kepada hos rangkaian dari segi bandwidth dan muatan server.

VIRUS
Mampu menyalin dirinya sendiri dan menyebarkan kepada komputer lain. Penyebaran ke komputer lain dengan melaksanakan kod apabila pengguna melancarkan salah satu program yang telah dijangkiti. Ianya boleh merebak melalui fail skrip, dokumen, cross site scripting vulnerabilities pada aplikasi web. Ianya juga boleh digunakan untuk mencuri maklumat, merosakkan komputer dan rangkaian serta melaksanakan botnet.
TROJAN
Menyamar sebagai fail atau program biasa untuk menipu penguna bagi memuat turun dan memasang perisian tersebut. Setelah pemasangan selesai, ianya akan memberi akses sepenuhnya kepada komputer yang telah dijangkiti. Ketika ini penggodam boleh mencuri data, mengubahsuai fail, memantau aktiviti pengguna (keyloggers) atau melaksanakan botnet.

KENAPA SPAM BUKAN SEBAHAGIAN DARI JENIS MALWARE? INI KERANA SPAM MERUPAKAN TEKNIK ATAU KAEDAH YANG DIGUNAKAN BAGI TUJUAN PENYEBARAN MALWARE ITU SENDIRI MELALUI EMEL, MAKA SPAM BUKANLAH JENIS MALWARE.

DISINI SAYA MENINGGALKAN DAHULU RANSOMWARE, RANSOMWARE SANGAT MENARIK UNTUK DIJELASKAN KERANA TELAH MENJADI MALWARE TERHANGGAT DI DADA AKHBAR KINI.

Sambungan malware adalah berkaitan jenis-jenis malware yang lain, simpton malware dan cara mengatasi malware.


Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: AKU NAK DOKTOR BUKANNYA PILOT

CERPEN:MENGURAT SI ARROGANT!

TEORI ETIKA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN