JENAYAH SIBER
APA ITU JENAYAH SIBER?
LANGKAH MENANGANI JENAYAH SIBER
Punca utama jenayah siber berlaku disebabkan oleh rangkaian Internet. Oleh yang demikian, perlindungan utama mestilah FIREWALL. Apa yang pengguna boleh buat adalah dengan mengaktifkan ketetapan Firewall yang sedia ada dalam Windows anda. Klik Control Panel > Windows Firewall.
Kedua, setiap komputer atau peranti anda hendaklah dilengkapi dengan perisian ANTIVIRUS.
Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.
LANGKAH MENANGANI JENAYAH SIBER
Punca utama jenayah siber berlaku disebabkan oleh rangkaian Internet. Oleh yang demikian, perlindungan utama mestilah FIREWALL. Apa yang pengguna boleh buat adalah dengan mengaktifkan ketetapan Firewall yang sedia ada dalam Windows anda. Klik Control Panel > Windows Firewall.
Kedua, setiap komputer atau peranti anda hendaklah dilengkapi dengan perisian ANTIVIRUS.
Ketiga, memghidupkan SPAM BLOCKER. Fungsi ini untuk menyekat mesej / emel yang mengandungi spam @ phishing memasuki inbox emel anda.
Seterusnya, berhati - hati dengan laman web yang meminta maklumat peribadi anda.
Comments