Posts

SEMERAH WARNA SENJA

Image
Oleh: Hani Fazuha ARIF ZAFUAN!!! Ayuriana pejam celik mata. Dia sedang bermimpi atau memang satu kenyataan? Kalau mimpi, dia ingin cepat-cepat terjaga. Kalau kenyataan, dia mahu menyorok ke bawah meja. Atau, pinjam pintu ajaib dari Doraemon supaya dia boleh menghilangkan diri melalui pintu tersebut. “Riana... kenalkan, ni business partner I, Arif Zafuan.” Suara Encik Rizal memperkenalkan makhluk Tuhan paling kacak yang pernah dia jumpa itu mengesahkan Ayuriana bahawa dia tidak bermimpi. Ayuriana telan liur. Terasa payau. Pertemuan ini sangat-sangatlah tragis. Jauh dia lari hingga ke pulau tersebut tetapi kenapa masih ada juga pertemuan ini? “Rif, ni Riana, Operation Manager Ria Damai Resort. Satu-satunya orang kepercayaan aku dan satu-satunya orang yang bertanggungjawab meletakkan Resort ni ke tahap sekarang.” Bangga Rizal Iman memperkenalkan pekerja kesayangannya pada Arif Zafuan. Riana adalah nama singkatan untuk Ayuriana. Lebih singkat lagi ada yang memanggilnya denga...

CERPEN: SECANGKIR LATTE SEPOTONG KEK COKLAT

Image
Ketika aku sedang asyik menyusun buku dan album-album lama ku ke dalam sebuah rak buku,aku terpandang sebuah gambar kenangan antara aku dan rakan-rakan ku. Tiba-tiba fikiran mengimbas kenangan lampau antara aku dan mereka. Kenangan yang akhirnya telah menemukan aku dengan cinta pertamaku yang aku pendam sekian lama sehingga tiada siapapun pernah tahu bahawa aku menyimpan perasaan terhadapnya.. DISEMBER 2010 Aku dan rakan-rakanku telah memilih tempat duduk di restoran KFC yang terletak di Mahkota Parade, Melaka. Kami menikmati makanan yang dipesan sebentar tadi sambil berbual-bual. “wah..lamanya tak makan dengan Kak Iesha. Orang rindu tau. Teringat waktu kita kat asrama dulu kan?” ujar Qura’inie.pada kakak kesayangannya. ” Betul tu, kan Qur? Fyza rindu sangat ngan kakak. Bila jumpa kak Iesha balik, macam tak percaya saja. Kakak betul-betul dah berubah. Makin cantik.” Sampuk Fyza. Mereka kedua-duanya merupakan adik angkat aku. “ye adik-adik kakak yang tersayang. Kakak pu...